Skip to main content

Untitled Lah Dulu

Salam everyone.

Lamanya rasa tak blogging... Alih-alih 12 tahun sudah aku create blog ni hahaha. Dari sekolah, sampai dah 4x tukar kerja ni haha. Dari kawan-kawan seperjuangan masih berhingus eh sekarang anak dah 2-3 haha melampau kan perumpamaan aku. Tapi itulah hakitkatnya. Oktober 2023, 27 tahun sudah usiaku. Masih single, masih manja dengan family, masih function babysit anak kawan-kawan & masih perform bila sesiapa ada majlis atau kenduri. Ceh puji diri sendiri nampak. I'm happy what I'm doing, having, trying or even struggling, syukur for everythings. 

So agaknya apa motif aku menulis blog kalini setelah sekian lama kan. Haha saja je nak menulis. Sebab aku suka. Sebab aku tak suka bercakap hahaha maleh aku nak melayan kalau cakap-cakap ni lol. So lebih menarik kalau bercerita melalui penulisan kan tiber. 

Ok jadi update terkini aku hmm nak mula dari mana ya, ok la sekarang masih bekerja di company swasta dengan gaji yang cukup alhamdulillah (tak cukup tu selalunya kehendaknya banyak sangat haha) officemate, boss, others staff yg bagi aku baik. Sudah cukup boleh kerja dengan selesa. Cabaran & dugaan bekerja biasalah kan. Kadang rasa nak blah je, tapi kita ni makan gaji dek, mana nak cekau duit bayo kereta hahaha. Sabar, sesambil doalah kalau ada kerja dari company yang besar offer ke, memang aku amek je. Usia sebelum 3 series ni bukan apa, carik pengalaman je lebihnya. Masih berharap kerja tetap yang boleh bertahan lama. Sini bukan apa, aku letih la sabtu pun kerja hahaha. Jealous betul tengok orang cuti sabtu ahad ni. Yelah, ni first time tau aku kerja 6 hari dalam seminggu. Dulu-dulu pun sabtu kira ot haha ok la kan. Takpelah doakan la aku dapat kerja yang boleh memberi manfaat untuk beloved mak pun dah ok, amin ya Mujib.

Lagi apa ya, oh kini aku dah jadi orang Rawang tau haha. Alhamdulillah berhijrah ke kawasan lebih privacy, lebih tenang (tapi tenang sangat ni jauh beza sungguh dengan kawasan rumah lama haha), lebih selesa la untuk mak. Tak pernah terfikir pun akan duduk rumah macam sekarang ni. Semua hasil kerja keras kakteh & akak. Dan selebihnya abang-abang ipar yg banyak membantu juga semualah adik beradik yang membantu mencantikkan lagi rumah, kemas & rapikan. Ohya, rawang sekarang dah lain tau. Boleh katakan dah maju hahaha. Sebab dulu pun selalu je datang, memang tak berapa upgrade sangat la. Macam benda basic je ada. Sekarang rasa lebih kurang je dengan Taman Medan, senang nak carik barang, tapi dalam versi aman & lebih privacy, gittew. Apa-apa pun mana boleh lupa asal usul dulu kan, kalau rasa bosan makan sini, balik ler sana carik haha. Lain sungguh dah, sedih tengok sebab tak terjaga & tak terurus. Makin kotor & semak. Dulu tak macam tu pun. Even PKP pun aku masih di situ apa haha. Lurveee je duduk sana dulu hiks. 

Kebahagiaan aku sekarang pulak dah jadi Auntysu! Haha seronoknya lahai dah ada anak buah sendiri ni taktau nak cakap haha. Alhamdulillah dikurniakan dua nak menakan yang comel, bijak, rajin, baik, serba serbi la sifat yang kadang rasa comel, kadang rasa nak lepuk hahaha. Tetap sayang! Dua ketul ni la penguat dan boleh jadi penyejuk mata & hati kalau rasa tak puas hati je dengan adik beradik sendiri hahaha. Selama ni sis hanya babysit anak orang je, even memang anggap macam anak sendiri, tapi anak menakan ni lain kan. Terasa seperti betul-betul anak sendiri. Eh cane ek nak jelaskan haha pape jelah haha faham-faham jelah ek. Jadi, untuk babyboy(s) auntysu, tumbuhlah dengan baik, semoga kalian sentiasa di bawah jagaan, lindungan, rahmat & kasih sayangNya, amin ya Mujib.

Cukup lah sampai di sini sahaja buat sementara ini, nanti akan ku sambung di kemudian hari haha. Didoakan semoga urusan kita semua dimudahkan, sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, direzekikan dengan rezeki yang luas & infinity, dan ditakdirkan dengan takdir yang terbaik pada waktu yang tepat, Amin ya Mujib. 

Tulus,
Auntysu Adam & Alif


Nilah dia buah hati Auntysu, Adam Shafi'i & Alif Syafaat 💖


Comments